Suhuf Ibrahim

Suhuf-i-Ibrahim atau Suhuf Ibrahim adalah merupakan kitab-kitab kecil yang diturunkan Allah kepada Nabi Ibrahim a.s. yang disampaikan melalui perantaraan Malaikat Jibril berisikan panduan dan ajaran-ajaran agama yang bersesuaian dengan keperluan zaman tersebut.Dikatakan bahawa ajaran agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim ini dikenali dengan ajaran agama Hanif dan sebelum kedatangan Nabi Muhammad , terdapat segelintir Orang Arab yang masih mengikuti Agama Hanif ini dan sesudah kedatangan Islam yang dibawa oleh Rasulullah, ajaran agama ini dimansuhkan dan terbatal. Dikatakan bahawa sebelum Rasulullah menerima wahyu dari Allah, baginda mengamalkan ajaran agama Hanif yang dibawa oleh Nabi Ibrahim ini.Selain Nabi Ibrahim terdapat lagi nabi-nabi lain yang turut menerima suhuf seperti Nabi Idris, Nabi Syith dan Nabi Musa. Suhuf nabi Musa dipercayai adalah Kitab Taurat yang diperintahkan Allah untuk menjadi hukum yang wajib dilaksanakan oleh Bani Israil pada zaman itu.